Sunday, July 19, 2020

Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman




ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Wisma Darul Aman. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan penerangan ringkas berkaitan Pengurusan Takmir Negeri Kedah dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, BCK. Kemudian mesyuarat dipimpin oleh Yang Berhormat Brig Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad. Antara tujuan dan agenda perbincangan YB Exco Agama bersama PPMD Kedah diadakan ialah untuk membincangkan kaedah yang lebih berkesan memperkasakan Pengurusan Takmir dalam aktiviti dakwah di Negeri Kedah. YB Datuk turut memberi suatu buah fikiran yang bernas iaitu mewajibkan Guru Takmir mengajar di waktu perdana.
Majlis diakhiri dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-'Asr serta sesi bergambar kenangan.

Laporan Oleh:-

PPMD PADANG TERAP

Wednesday, June 19, 2019

Afdhal Mendahulukan Alim Feqah dari Qari

Afdhal mendahulukan golongan alim Fekah untuk jadi Imam solat ( sekalipun suara tidak sedap ) daripada golongan Qori al - Quran apabila bertembung di antara keduanya kerana illah yakni sebab berhajat kepada masalah di dalam solat yang lebih menjuruskan kepada kepandaian Fuqoha untuk mereka mengimamkan solat.

Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Imam Syafie dan gurunya Imam Malik. Berbeza dengan Imam Hanafi.

Antara dalilnya ialah Nabi صلى الله عليه وسلم mendahulukan Sayyidana Aba Bakar r.anhu untuk jadi Imam solat sedangkan yang paling Qori ialah Sayyiduna Ubay r.anhu.

Hari ini masyarakat kebanyakkannya melihat suara sedap itulah nilaian utama untuk jadi Imam berbanding yang kurang sedap suaranya tapi begitu terkedepan dalam soal Fekah Solat terutama Fekah solat jemaah.

Naqalan dari Dalilul Faalihiin syarh Riyadhus Sholihiin juzuk 2.

Afdhal Imam Membaca Surah Pendek Yang Lengkap

Diriwayatkan oleh Ibnu Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail radhiyallahu 'anhu, seorang tabien terkenal. Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagiannya. Ulama' berkata,"Membaca surah yang pendek secara lengkap lebih afdhal daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah pendek." - Kitab At-Tibyan fi Aadaala Hamatil Quran karangan Imam Nawawi rahimahullah.

Oleh itu seseorang yang memimpin solat berjemaah, sangat-sangat dituntut untuk membaca surah secara lengkap selepas membaca surah Fatihah. Seandainya dibaca sebahagian ayat saja daripada surah-surah yang panjang dan ketika itu Imam lupa pada ayat yang dibaca, maka makmum tidak dapat membantu Imam tersebut kerana kebanyakan makmum yang berada di belakang Imam terdiri daripada orang awam dan bukannya para hufaz Al Quran. Jika dibaca surah-surah lazim, jemaah dapat mentadabur dan memahami apa yang dibaca oleh Imam disamping membantu jemaah untuk menghafal surah tersebut bagi yang belum lagi menghafalnya serta membantu jemaah untuk membetulkan bacaan secara bertajwid apabila mendengar bacaan Imam. Disamping itu, Imam telah meringankan solat berjemaah sesuai dengan perintah Nabi Shallallahu alaihi wassalam untuk meringankan solat berjemaah.

Sayidina Anas radhiyallahu 'anhu berkata,"Belum pernah aku solat di belakang seorang Imampun yang lebih ringan dan lebih sempurnanya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam". -HR Imam Bukhari.

Sunday, May 12, 2019

Muhadharah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Peringkat Kebangsaan


BANGI, 29 hingga 30 April 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Muhadharah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi. Muhadharah ini telah dihadiri oleh seramai 111 orang PPMD dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Objektif muhadharah ini adalah bagi mewujudkan medium pertemuan pihak Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM dengan para PPMD daripada seluruh negara untuk berkongsi hasrat dan amanat secara khusus berkaitan hala tuju pentadbiran Islam di bawah kerajaan era Malaysia baharu.

Muhadharah yang berlangsung selama dua hari ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah dan diteruskan lagi dengan sesi ceramah Rahmah:Rujukan Kepada Sumber-Sumber Asas Islam yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ali bin Muda, Pegawai Tugas-Tugas Khas II Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada hari kedua pula, muhadharah dimulakan dengan sesi Semakan Buku Rekod Perkhidmatan PPMD melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM. Seterusnya sesi muhadharah diteruskan dengan amanat pengurusan tertinggi JAKIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM dengan tajuk Melebar Risalah Menyantuni Ummah. Muhadharah diteruskan lagi dengan sesi amanat Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk: Ke Arah Negara Rahmah : Peranan PPMD dan Cabaran Semasa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah binti Salleh.

Majlis penutupan muhadharah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan menyampaikan amanat bertajuk : Gagasan Pentadbiran Islam Era Malaysia Baharu.

Monday, April 8, 2019

Majlis Pelancaran Program “RAHMAH” Peringkat Kebangsaan 2019 dan Pelancaran Kedah Bertadabbur 2019




AHAD (24.03.2019)

ALOR SETAR - Majlis Pelancaran Program “RAHMAH” Peringkat Kebangsaan 2019 dan Pelancaran Kedah Bertadabbur 2019 bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar Kedah.

Majlis dimulai dengan solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir.

Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Rahman Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Ucapan oleh YB. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan dan majlis perasmian Pelancaran Program "RAHMAH" 2019 dan Kedah Bertadabbur 2019 disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Penyerahan Mock Cheque Bantuan Pondok dan Tahfiz Kerajaan Persekutuan kepada YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Selain itu, penyerahan Mock Cheque kepada Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Majlis diteruskan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Negeri Kedah dan persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Iman serta UNIC.

Turut hadir bersama Isteri kepada YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato' Ahmad Kasim, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Sheikh Haji Fadzil Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YB. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz serta Muslimin dan Muslimat.

#WartaKedah
#UnitMediaTransformasiKedah
#PelancaranRAHMAHPeringkatKebangsaan
#DataranMedanBandarAlorSetarKedah

Warta Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN TAKMIR BIL 2/2019


KUBANG PASU, 8 April - Unit Takmir Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Takmir Bil 2 /2019 bertempat di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dari Pegawai Penyelaras Takmir JHEAIK, Y.Bhg Tuan Haji Mohd Kamal Ismail. Kemudian diteruskan dengan pembentangan minit Mesyuarat yang lalu dan disambung dengan pembentangan Pengurusan Takmir. Antara Agenda mesyuarat ialah perbincangan mengenai Program Tafakkuh Fiddin Perdana Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Siri 2/2019, Pengkaderan Fuqaha Siri 4/2019, Konvensyen PPMD Kebangsaan dan Naziran Takmir 2019

Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-'Asr serta jamuan makan.

 Laporan Oleh:-
 PPMD PADANG TERAP

Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadak...