Diriwayatkan oleh Ibnu Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail radhiyallahu 'anhu, seorang tabien terkenal. Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagiannya. Ulama' berkata,"Membaca surah yang pendek secara lengkap lebih afdhal daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah pendek." - Kitab At-Tibyan fi Aadaala Hamatil Quran karangan Imam Nawawi rahimahullah.
Oleh itu seseorang yang memimpin solat berjemaah, sangat-sangat dituntut untuk membaca surah secara lengkap selepas membaca surah Fatihah. Seandainya dibaca sebahagian ayat saja daripada surah-surah yang panjang dan ketika itu Imam lupa pada ayat yang dibaca, maka makmum tidak dapat membantu Imam tersebut kerana kebanyakan makmum yang berada di belakang Imam terdiri daripada orang awam dan bukannya para hufaz Al Quran. Jika dibaca surah-surah lazim, jemaah dapat mentadabur dan memahami apa yang dibaca oleh Imam disamping membantu jemaah untuk menghafal surah tersebut bagi yang belum lagi menghafalnya serta membantu jemaah untuk membetulkan bacaan secara bertajwid apabila mendengar bacaan Imam. Disamping itu, Imam telah meringankan solat berjemaah sesuai dengan perintah Nabi Shallallahu alaihi wassalam untuk meringankan solat berjemaah.
Sayidina Anas radhiyallahu 'anhu berkata,"Belum pernah aku solat di belakang seorang Imampun yang lebih ringan dan lebih sempurnanya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam". -HR Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment