Wednesday, June 19, 2019

Afdhal Mendahulukan Alim Feqah dari Qari

Afdhal mendahulukan golongan alim Fekah untuk jadi Imam solat ( sekalipun suara tidak sedap ) daripada golongan Qori al - Quran apabila bertembung di antara keduanya kerana illah yakni sebab berhajat kepada masalah di dalam solat yang lebih menjuruskan kepada kepandaian Fuqoha untuk mereka mengimamkan solat.

Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Imam Syafie dan gurunya Imam Malik. Berbeza dengan Imam Hanafi.

Antara dalilnya ialah Nabi صلى الله عليه وسلم mendahulukan Sayyidana Aba Bakar r.anhu untuk jadi Imam solat sedangkan yang paling Qori ialah Sayyiduna Ubay r.anhu.

Hari ini masyarakat kebanyakkannya melihat suara sedap itulah nilaian utama untuk jadi Imam berbanding yang kurang sedap suaranya tapi begitu terkedepan dalam soal Fekah Solat terutama Fekah solat jemaah.

Naqalan dari Dalilul Faalihiin syarh Riyadhus Sholihiin juzuk 2.

Afdhal Imam Membaca Surah Pendek Yang Lengkap

Diriwayatkan oleh Ibnu Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail radhiyallahu 'anhu, seorang tabien terkenal. Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagiannya. Ulama' berkata,"Membaca surah yang pendek secara lengkap lebih afdhal daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah pendek." - Kitab At-Tibyan fi Aadaala Hamatil Quran karangan Imam Nawawi rahimahullah.

Oleh itu seseorang yang memimpin solat berjemaah, sangat-sangat dituntut untuk membaca surah secara lengkap selepas membaca surah Fatihah. Seandainya dibaca sebahagian ayat saja daripada surah-surah yang panjang dan ketika itu Imam lupa pada ayat yang dibaca, maka makmum tidak dapat membantu Imam tersebut kerana kebanyakan makmum yang berada di belakang Imam terdiri daripada orang awam dan bukannya para hufaz Al Quran. Jika dibaca surah-surah lazim, jemaah dapat mentadabur dan memahami apa yang dibaca oleh Imam disamping membantu jemaah untuk menghafal surah tersebut bagi yang belum lagi menghafalnya serta membantu jemaah untuk membetulkan bacaan secara bertajwid apabila mendengar bacaan Imam. Disamping itu, Imam telah meringankan solat berjemaah sesuai dengan perintah Nabi Shallallahu alaihi wassalam untuk meringankan solat berjemaah.

Sayidina Anas radhiyallahu 'anhu berkata,"Belum pernah aku solat di belakang seorang Imampun yang lebih ringan dan lebih sempurnanya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam". -HR Imam Bukhari.

Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadak...