PPMD KEDAH
Sunday, July 19, 2020
Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman
Wednesday, June 19, 2019
Afdhal Mendahulukan Alim Feqah dari Qari
Afdhal mendahulukan golongan alim Fekah untuk jadi Imam solat ( sekalipun suara tidak sedap ) daripada golongan Qori al - Quran apabila bertembung di antara keduanya kerana illah yakni sebab berhajat kepada masalah di dalam solat yang lebih menjuruskan kepada kepandaian Fuqoha untuk mereka mengimamkan solat.
Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Imam Syafie dan gurunya Imam Malik. Berbeza dengan Imam Hanafi.
Antara dalilnya ialah Nabi صلى الله عليه وسلم mendahulukan Sayyidana Aba Bakar r.anhu untuk jadi Imam solat sedangkan yang paling Qori ialah Sayyiduna Ubay r.anhu.
Hari ini masyarakat kebanyakkannya melihat suara sedap itulah nilaian utama untuk jadi Imam berbanding yang kurang sedap suaranya tapi begitu terkedepan dalam soal Fekah Solat terutama Fekah solat jemaah.
Naqalan dari Dalilul Faalihiin syarh Riyadhus Sholihiin juzuk 2.
Afdhal Imam Membaca Surah Pendek Yang Lengkap
Diriwayatkan oleh Ibnu Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail radhiyallahu 'anhu, seorang tabien terkenal. Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagiannya. Ulama' berkata,"Membaca surah yang pendek secara lengkap lebih afdhal daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah pendek." - Kitab At-Tibyan fi Aadaala Hamatil Quran karangan Imam Nawawi rahimahullah.
Oleh itu seseorang yang memimpin solat berjemaah, sangat-sangat dituntut untuk membaca surah secara lengkap selepas membaca surah Fatihah. Seandainya dibaca sebahagian ayat saja daripada surah-surah yang panjang dan ketika itu Imam lupa pada ayat yang dibaca, maka makmum tidak dapat membantu Imam tersebut kerana kebanyakan makmum yang berada di belakang Imam terdiri daripada orang awam dan bukannya para hufaz Al Quran. Jika dibaca surah-surah lazim, jemaah dapat mentadabur dan memahami apa yang dibaca oleh Imam disamping membantu jemaah untuk menghafal surah tersebut bagi yang belum lagi menghafalnya serta membantu jemaah untuk membetulkan bacaan secara bertajwid apabila mendengar bacaan Imam. Disamping itu, Imam telah meringankan solat berjemaah sesuai dengan perintah Nabi Shallallahu alaihi wassalam untuk meringankan solat berjemaah.
Sayidina Anas radhiyallahu 'anhu berkata,"Belum pernah aku solat di belakang seorang Imampun yang lebih ringan dan lebih sempurnanya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam". -HR Imam Bukhari.
Sunday, May 12, 2019
Muhadharah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Peringkat Kebangsaan
Monday, April 8, 2019
Majlis Pelancaran Program “RAHMAH” Peringkat Kebangsaan 2019 dan Pelancaran Kedah Bertadabbur 2019
AHAD (24.03.2019)
ALOR SETAR - Majlis Pelancaran Program “RAHMAH” Peringkat Kebangsaan 2019 dan Pelancaran Kedah Bertadabbur 2019 bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar Kedah.
Majlis dimulai dengan solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir.
Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Rahman Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Ucapan oleh YB. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ucapan dan majlis perasmian Pelancaran Program "RAHMAH" 2019 dan Kedah Bertadabbur 2019 disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.
Penyerahan Mock Cheque Bantuan Pondok dan Tahfiz Kerajaan Persekutuan kepada YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Selain itu, penyerahan Mock Cheque kepada Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.
Majlis diteruskan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Negeri Kedah dan persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Iman serta UNIC.
Turut hadir bersama Isteri kepada YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato' Ahmad Kasim, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Sheikh Haji Fadzil Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YB. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz serta Muslimin dan Muslimat.
#WartaKedah
#UnitMediaTransformasiKedah
#PelancaranRAHMAHPeringkatKebangsaan
#DataranMedanBandarAlorSetarKedah
Warta Kedah
MESYUARAT PENYELARASAN TAKMIR BIL 2/2019
KUBANG PASU, 8 April - Unit Takmir Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Takmir Bil 2 /2019 bertempat di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dari Pegawai Penyelaras Takmir JHEAIK, Y.Bhg Tuan Haji Mohd Kamal Ismail. Kemudian diteruskan dengan pembentangan minit Mesyuarat yang lalu dan disambung dengan pembentangan Pengurusan Takmir. Antara Agenda mesyuarat ialah perbincangan mengenai Program Tafakkuh Fiddin Perdana Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Siri 2/2019, Pengkaderan Fuqaha Siri 4/2019, Konvensyen PPMD Kebangsaan dan Naziran Takmir 2019
Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-'Asr serta jamuan makan.
Laporan Oleh:-
PPMD PADANG TERAP
Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman
ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadak...
-
AHAD (24.03.2019) ALOR SETAR - Majlis Pelancaran Program “RAHMAH” Peringkat Kebangsaan 2019 dan Pelancaran Kedah Bertadabbur 2019 ber...
-
“Pemudah Cara Urusan Antara JAKIM Dengan Negeri, Dalam Pengurusan Masjid, Program Takmir Dan Pendidikan KAFA” “Terima kasih kepada tuan-t...



