Sunday, March 10, 2019

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGKADERAN FUQAHA KEPADA GURU TAKMIR DAN KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN SERTA PROFESSIONALISMA PPMD PERINGKAT ZON UTARA (PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS) TAHUN 2019M/ 1440H



27 - 29 JANUARY 2019 - Bertempat di Dewan Puteri Bayu Beach Resort Pangkor,  Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak JAIPk Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan Kursus Pengkaderan Fuqaha Kepada Guru Takmir Dan Kursus Pemantapan Kemahiran serta Profesionalisma PPMD Zon Utara .

Bagi kursus kali ini Perak menjadi tuan rumah di mana Kursus Pengkaderan ini akan berjalan dengan 12 Siri. Program ini juga melibatkan Pegawai Pegawai Takmir Negeri, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah PPMD, Pembantu Takmir dan 40 orang peserta dikalangan guru-guru takmir yang terpilih daripada Negeri Perak, Perlis,Pulau Pinang dan Kedah.

Slot slot kursus tersebut telah diisi dengan bacaan dan diskusi oleh Ybhg Ustaz Ahmad Fauwaz bin Dato Fadzil Nor yang mana Beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islam, dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa di Mesir. Beliau juga mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan usul mazhab al-Syafi‘i yang diperoleh daripada ulama-ulama Mesir seperti Dr. Saad Jawish dan Syeikh Syaltut.Beliau berkemahiran dalam usul fiqah serta fiqah perubatan dan sebagainya. Beliau turut merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau pernah menjawat sebagai Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan bekas Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN. Merupakan speaker jemputan JAKIM, menjadi salah seorang fasilatator untuk menyiapkan modul fatwa untuk JAKIM, panel penggubal fatwa JAKIM dan penggubal silibus kitab turath. Selain aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia, beliau membentang lebih 20 kertas kerja di peringkat akademik, kebangsaan dan negeri serta menterjemah lebih 15 buah buku. Selain itu, beliau juga aktif menyampaikan ceramah di televisyen dan radio serta merupakan Kolumnis majalah Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Kini beliau bertugas di Telaga Biru Sdn.Bhd. sebagai konsultan.Manakala Slot Slot Kursus PPMD diisi dengan pembentangan SITREP dari Ustaz Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, pembentangan SGTM dari Ybhg Ustaz Faizal PPMD Kuala Kangsar dan  Ustaz Anwar PPMD Tapah membentangkan Slot Infografik Laporan Aktiviti serta Pemantauan PPMD.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Asmuni Awi Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.Antara petikan kata-kata YB Exco Tn Asmuni menyebut agar Guru Guru Takmir mendekati masyarakat orang asli di pendalaman dan . Beliau juga mengharapkan program-program lain seumpama ini diadakan selalu dan negeri Perak bersedia menjadi tuan rumah. Terlebih dahulu ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir JAIPk mewakili Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Beliau mengucapkan terima kasih kepada negeri Perak khasnya Jabatan Agama Islam Perak dibawah Ybhg Dato' Haji Mohd Yusop Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak sentiasa memberikan komitmen tinggi serta sentiasa bekerjasama dalam setiap program JAKIM dinegeri. Selepas itu Ybhg Dato' Mohd Yusop  menyampaikan cenderahati kepada YB Exco dan di akhiri dengan sesi fotografi bersama peserta. Turut hadir sama,Ybhg Tn Hj Harith Fadzillah Hj Abd Halim Timbalan Pengarah JAIPk serta Pegawai Tadbir Agama Negeri Perak .

Berita :
PPMD HILIR PERAK

No comments:

Post a Comment

Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadak...