Friday, March 8, 2019

Kursus Standard Penarafan Masjid Malaysia 2019


Bangi, 27 Mac 2019 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Kursus Standard Penarafan Masjid Malaysia pada 27 Februari hingga 1 Mac bertempat di Bilik al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM Bangi.
Kursus yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 28 orang PPMD dari Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Labuan . Ianya bertujuan meningkat kemahiran pengurusan dan pengimarahan masjid dan mempraktikkan amalan Standard Penarafan Masjid Malaysia.
Antara modul pengisian kursus ini seperti berikut :
  • Pengenalan Standard Penarafan Masjid Malaysia
  • Pengurusan Organisasi Masjid
  • Pengimarahan
  • Kemudahan Prasarana
  • Persekitaran
  • Penyediaan Laporan Penilaian
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Aderi Che Noh, Pensyarah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Menjadi harapan agar kursus ini berupaya melahirkan modal insan yang mampu mengurus masjid melalui pendekatan dan strategi yang berkesan.

Masjid Bandar  Seri Putra dipilih sebagai lokasi praktikal penyediaan laporan penilaian SPMM,













Hasil daripada Laporan Penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia yang dilakukan terhadap Masjid Bandar Seri Putra, kami memberikan status 4 bintang dan mengiktiraf masjid ini sebagai "Masjid Mesra OKU"
Antara cadangan dalam meningkatkan lagi kualiti Standard Penarafan Masjid Malaysia, ialah 
1) mengadakan perkongsian daripada masjid yang mendapat anugerah Masjid terbaik kepada jawatankuasa masjid-masjid yang lain dari seluruh negara. 
2) menyediakan majalah yang memaparkan contoh-contoh Masjid Terbaik di Malaysia untuk dikongsikan kepada seluruh masjid di dalam dan luar negara.
3) mengambil kira faktor kedudukan kewangan, lokasi dan latar belakang jawatankuasa masjid dalam melakukan penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR, 19 JULAI 2020 - Suatu Perjumpaan Exco Agama Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Negeri Kedah Darul Aman telah diadak...